CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 5, 2008

komputer dalam pendidikan

assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Apa khabar semua? ini adalah pertama kali saya membuat blog. biasalah buat pertama kali memanglah tak biasa dan tak tahu tapi bila kita dah mula membiasakan diri dengan membuat blog barulah ok...pertama kali hendak membuat blog, kita perlu membuat pendaftaran dan kemudian selepas kita mebuat pendaftaran dan telah disahkan barulah kita dapat mencipta dan membuat blog sendiri. kemudian blog yang kita buat, perlulah meminta pandangan dan komen daripada rakan-rakan yang lain. Dalam blog ini juga menceritakan bagaimana pengalaman kita sepanjang kita mengendalikan komputer dan juga membuat bagaimana cara kita membuat sesuatu dokumen tu dengan menggunakan microsoft yang ada.

Manakala semasa saya membuat yahoo email tidak mempunyai banyak masalah kerana sudah tahu bagaimana nak menggunakakan yahoo mail tersebut seperti bagaimana nak menghantar dokumen, gambar, dan apa-apa sahaja yang boleh dihantar melalui yahoo email. Yahoo group pula adalah email yang dihantar melalui kumpulan GE1153 iaitu komputer dalam pendidikan. Dalam yahoo group ini, kita boleh berinteraksi antara group kita atau group yang lain.

Selain itu juga saya telah mempelajari bagaimana hendak membuat broser dengan menggunakan microsoft word (MW). Dengan menggunakan MW saya dapat membuat broser saya dengan senang dan mudah. Banyak kegunaan yang kita boleh buat dalam MW selain daripada membuat broser antaranya kita boleh mebuat dokumen, surat dan sebagainya. Dalam MW saya telah banyak mempelajari bagaimana membuat broser dengan baik dan dalam broser tersebut saya telah buat berkaitan dengan kanak-kanak khas.

Diharapkan anda semua dapat memberikan apa-apa sahaja komen kepada saya.....EnJoY YouR SeLf!!.....